Sunday, March 12, 2017

Kosong Minda Tepu

lama sudah tidak ku berkarya
sibuk dikerja mengejar kerjaya
kata-kata sudah tidak terkata
sunyi sepi tidak berkata

Sunday, January 13, 2013

Hidup Susah Hati Resah

apa yang aku perlu aku tidak mahu
apa yang aku mahu aku tidak perlu
perlu dan mahu, aku sendiri tidak tahu
hilang arah ku tidak ketemu
jalan pulang bukannya disitu

aku buntu, aku kini lesu
orang makan keju, aku makan nasi dengan budu
tiada tenaga, aku hilang punca
penat lelah, aku rasa lemah
aku kalah, hanya mampu berserah

hai.. sampai bila harus untuk begini
sudah tua, tapi aku masih tidak berbini
emak cakap, cepat-cepat jadi pengantin
ayah suruh, kumpul banyak-banyak duit kawin
kawan tanya, bila lagi aku hendak naik pelamin
cakap senang, senang lagi makan kacang
malas kopek, beli saja kacang panggang

zaman materialistik kini semuanya perlu duit
verifikasi gastrik sampai aku jatuh sakit
kais pagi, itu pun kalau dapat kais
hidup susah, senang lagi jadi pengemis

nasib baik, aku cuma berangan
aku serik, dan kini aku mula berazam
ubah diri mana yang perlu
kini ku tahu, apa yang ku mahu

cepat-cepat, jangan lambat-lambat,
tuhan dah tolong, jangan kita pula bodoh sombong
betulkan niat, jalani hidup yang sihat
niat dah betul, moga jadi insan yang syumul

kadang kala hati rasa resah
jangan susah ini perkara mudah
mari kita baca, doa ini sama-sama
"Ya Allah..tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikan
dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran
itu mudah bila sahaja Engkau kehendaki"
pasti jadi kalau kita benar-benar yakini

Wednesday, January 09, 2013

Artis Terlaris Habis

hebat yang kau katakan
hanya taubat yang aku bayangkan
aku sedar, aku tidak pandai
tapi aku ini suka memandai-memandai

takut aku hendak jadi artis, buat lagu semua laris
album semua dijual habis
macam nasi lemak dengan ikan bilis
hari-hari makan pun masih ketagih
bukan sebab sedap macam dadih
tapi kerna duit dalam poket sudah kempis

Puji? tapi aku tidak bangga diri
Dengki? ku harap kau tidak sakit hati
cuba kau fahami, aku sedang bermanipulasi
mengenali diri, jiwa ku sarat dengan komplikasi
awal bulan, tunggu tiba hujung bulan
malam ini, aku ingin lihat lampu bulan

Ini Bukan Cari Teman Pengganti

Meniru bersama
Gagal bersama
Ku bersumpah harap kita
Lulus pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu status VC
Bila celik, kau tidur balik
Matahari dah naik, tapi kau masih tak serik
Bangun lambat, masuk kelas lewat
Ajarannya katanya semuanya kau iakan
Tidak faham kau diamkan dan biarkan
Kau redha walau tidak ku damba
Walau gagal semuanya dah dijangka

aku perli secara terbuka agar kita dapat terasa
kenangan belajar kita indah belaka
meniru bersama, gagal bersama
Ku bersumpah harap kita lulus pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Semester ini ku rasakan susah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan repeat
Sem depan mungkin ku akan kembali
Tiba masanya
Aku cari rumah sewa pengganti

Dalam dunia yang maya, ilusi dan imaginasi
Kita tak terlepas dari mencapai mimpi
Cabut, kecut, takut dalam mimpi yang ngeri
Kau berlari pecut, tak berpaling walau sekali
Hanya pensyarah yang tahu markahku yang sikit
Dalam disleksia cuba untuk mendaki bukit
Bila dunia seolah tak memahami
Aku pergi menyelam, dalam-dalam menyelami

Setiasa ponteng, selalu tidak hadir
Ingat kau tu dekan?, budget macam dah mahir
Tiba pagi final, kaulah yang terawal
Final yang terakhir ini aku rasa janggal
4 soalan payah yang perlu kau lengkap
Kau sorok nota balik tingkap tandas hinggap
Dalam diam ada, seorang yang memerhati
Kau terkantoi tapi paper yang sempurna tetap dari alwi dan ili

Sejak dua menjak ini, kau mencari kedai hard cover murah
Dalam persekitaran mahal kau terpaksa berserah
Terperangkap kerna duit tiada, kau keliru
Mujur ada sahabat si orang kaya duit beribu
Namun kau tetap termenung, mengenang
Duit makin susut, makan maggi tarikh luput
Komplikasi antara berdikari atau tidak sedar diri
Makin sukar nak makan, nak minum, nak meminang

Karya ini mungkin yang terakhir aku karyakan
Kalau rindu nanti bolehlah kau syairkan
Jaga diri, jangan lupa kami
Yang lulus kan pergi, yang repeat kan disini
Bilik dah ku kemas, rumah dah ku cuci
Surat, bil air, api suma dalam peti
Ada sikit rosak, harap tak perlu diganti
Moga-moga dapat semula duit deposit itu nanti

Aku disini
Bertemu En. M dan Pn. Fuzzy
Tiba masanya
Aku untuk mengulangkaji

Tuesday, November 06, 2012

Bunga Bukan Sekuntum??

dengar ini kisah aku cerita
tentang cinta kisah kau dan dia
punya rasa namun tidak bahagia
sudah lama tapi masih tidak ke mana
dia sakit dan kau pula sengsara
kau pasrah dan dia redha

harumnya dulu kau kata kau suka
kini pula harumnya sudah tidak sama
memang benar cinta itu buta
tanpa hati itu bukanlah cinta

ada apa dengan cinta
dulu jelas kini kau tertanya-tanya
dulu indah kini kau rasa merana
saat indah ketika kau dan dia bersama
kini tinggal memori duka terluka

biarlah aku bersama dia
akan aku membahagiakannya
mengarang epilog antara kami berdua
seperti kisah adam dan hawa
berkongsi sayang dan mati bersama
mencari klimaks menuju ke syurga

kerana dia
masih bunga yang sama
mungkin bukan jodoh kau bersamanya
carilah kau bunga yang lain darinya
kerana bunga bukan sekuntum di luar sana
harumnya lain tidakkan sama
bukankah itu apa yang kau kata?

Saturday, November 03, 2012

Jika Cantik Adalah Subjektif

jika cantik adalah subjektif
mungkin suci menjadi objektif
kerana fikiran yang positif
melalui minda yang aktif
tidak sekali cuba berlaku negatif
kerana ia bukannya motif

dengan belajar pelbagai elektif
pastikan mendapat insentif
harap dirinya tidak terlalu sensitif
dengan sifat ku yang terlalu inovatif

tapi bukan, nama ku bukan latif
aku cuma insan biasa yang kreatif
ku harap kita dapat bersama kolaboratif
mencipta sesuatu yang efektif

Wednesday, October 17, 2012

Bicara Tenggelam yang Mendalam

biar bicara ini ku karangkan dengan isi mendalam
agar jiwa yang memandang, merasa tersentuh mencubit ke pelusuk hati

biarpun dengan akal yang kosong, jika dilatih
pasti akan penuh dengan anasir-anasir yang berideologi positif

lantas mencabar diri untuk mencapai kesempurnaan
dengan melakukan kesilapan sekelumit gajah

tidak hanya mendengar, tetapi menyelami
kesat-kesat kehidupan lampau
yang boleh menjerumuskan kepada eksploitasi diri
menjadi orang yang lebih dari sekadar penanti

tatkala waktu tersemput-semput singkat
memanggil tubuh agar kembali menjadi debu-debu tanah
kerana disitulah tempat persemadian sementara
gigih menunggu mendatang kelak
fauna alam tidak diduga